Friday 10 August 2012

....Bertemu kembali semorang.....

Assalamualaikum dan selamat semua.. 
Agaknya dah lama jugak tak update blog ni.. Hurmm..
Agak-agak apa yang boleh di kongsikan kali ni ea..?? 
Ingat nak share kat korang semua story yang terpendam dalam hati ni.. Tapi aku takut panjang lebar pulak macam karangan.. Ok,  emua selesakan posisi anda macam biasa.. Haha.. Biaselah sekarang ni memang ade yang meniarap, duduk, merangkak semua ada.. Hehe..


Firstly, apa yang nak dikongsikan adalah mengenai Olimpik..
Kalau sebut je semua dah agak kan..haha.. Anyway , aku tetap nak share jugak ( berdegil )..Hehe.. Setelah hampir berhari-hari atlet negara kita berjuang di arena sukan di KOta London,akhirnya lahir jugak hero dan heroin Malaysia.. Sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada atlet negara yang meraih pingat untuk negara.. Kepada atlet badminton negara, Dato' Lee Ching Wei, tahniah kerana telah meraih pingat perak.. Kepada penerjun platform wanita 10m negara, Pandelela Rinong,tahniah kerana telah meraih pingat gangsa.. Aku pasti semorang masa layan Olimpik ni super duper Nervous kan.. Macam kita pulak yang bertanding..haha.. Jasamu atlet-atlet negara sangat di kenang sama ada yang menang ataupun tidak.. Kami rakyat Malaysia menghargainya.. 


Then,next story ..
Untuk yang sedia maklum kita dah lebih 15 hari berpuasa.. Agaknya dah hari ke 21 Ramadhan kali ni..Alhamdulillah.. Lagi beberapa hari tamatlah sudah perjuangan kita di bulan puasa ye.. Harap semua gagah perkasa menunaikan rukun islam ini..Dan harapnya kita semua akan dapat bertemu bulan Ramadhan di tahun hadapan InsyaAllah.. And,yang paling penting sekali amalan yang kita cari..Adakah maningkat atau berkurang..InsyaAllah,betulkan niat tepuk dada tanya iman..


Persiapan raya?? Hurmm
Agak semuanya dah berpusu ke mall cari baju raya.. Tapi macam aku ni sebelum raya dah siap beli sebabnya masa bulan puasa just nak sibuk cari amalan je .. Ecece ayat.. Takdelah kan,just fikir cenggitu.. Kepada semua adik-adik,abang-abang harap korang semua takdelah obsess sangat nak main mercun segala tu..Ingat sama kesihatan dan keharmonian orang lain nak menjalankan ibadah bulan ramadhan tuh..So,harap fahamlah ayat ni..Hehehe..


Lastly,kepada semua Degree Holder
aku harap korang semua tak lupa nak berpacking dan siapkan segala dokumen-dokumen anda ye.. Bukan eksaied ke apa,takot tak sempat nak manage je nanti kalau dah lambat...  And uruskan jpa segala biasiswa korang tuh..tahniah kepada yang layak memohon scholarship semua tuh.. Kepada yang tak layak dont worry,sem 1 nanti kita pulun sama-sama ye.. Kasi kaut semua biasiswa yang ada..Hehehe..
InsyaAllah,
dah habis apa yang nak di kongsikan..
Segala perkara di atas adalah berdasarkan kisah benar dan fakta bukan auta.. Haha..
 Salam ramadhan semua.. Timaceh .. :D

2 comments:

  1. Weh ! Lee Chong Wei ah bukan Ching .Muahaha . Typo typo xD

    ReplyDelete
  2. Ahahahah.. thanks membahan saya.. itu perkara wajib.. Hahah :D

    ReplyDelete