Tuesday 28 January 2014

New Looks


Assalamualaikum J

Hmm Dah habis semester 3, kini semester 4. Selamat tinggal dan selamat datang. Hope for a new success. insyaAllah. Dah lama jugak tak menaip macam ni kan. Mungkin dah dua semester tak menaip update belog bagai ni. Mungkin tak dapat idea nak share ape kan. But now, mungkin dah banyak yang terbuku kat kepala ni. Ahaks J setelah sekian lama tak menjiwai jiwa kosong dan tenang macam ni selepas satu kejayaan dapat aku buktikan. Alhamdulillah. J semua usaha behasil. Mungkin tak banyak di mata orang lain tetapi bagi diri aku ianya sangat beharga. Tahniah pada diri sendiri J *pat myself* banyak juga yang aku lalui selama ni,susah senang dalam pelajaran, suka duka dalam persahabatan dan berperasaan ni (cinta mungkin), ahaks J  Okay, still single and insyaAllah single sampai jodoh ku sampai. Niat di hati nak teruskan perjuangan dalam kehidupan haiwan yang serba comel ini meskipun jauh lagi perjalanan. Kehidupan yang comot masuk hutan tidak mengenal waktu hanya semata mata melihat haiwan yang comel,mungkin ada yang kesusahan di jaring jaring kan. Sambil sambil melihat alam semula jadi.Umpph. mungkin juga bersama rakan seperjuangan dalam mengharungi susah senang di masa latihan ROTU . umpph J semua tu boleh hilangkan stress dan frust yang ada masa bercinta ni. Haha. Mungkin semua orang sudah berpunya, sudah bersayang-sayang tapi bagi aku biarlah mereka. Fokus pada harapan yang tinggi. Ibu papa, akan ku buktikan. J insyaAllah. 

Anis, you’ve grown up J


No comments:

Post a Comment